Polis cekup 19 individu terlibat judi haram - Utusan Malaysia

Polis cekup 19 individu terlibat judi haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Polis menahan 19 individu selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian haram menerusi 16 serbuan yang dilakukan di tujuh daerah di negeri ini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua suspek yang dicekup itu berusia antara 17 hingga 51 tahun.

Menurutnya, hasil risikan polis, serbuan telah dilakukan di pusat-pusat menjual nombor loteri haram, judi dalam talian serta judi holo.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua serbuan itu dijalankan di Kuching, Padawan, Sri Aman, Sarikei  Sibu, Bintulu dan Miri.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas 12 unit telefon bimbit, tiga komputer riba, slip pertaruhan dan perkakasan lain yang disyaki digunakan dalam menjalankan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dennis menambah, kesemua 17 suspek lelaki dan dua wanita itu akan ditahan reman bagi siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN