[VIDEO] Najib keluar dari kediaman menuju Pekan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Najib keluar dari kediaman menuju Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini dipercayai menuju ke Pekan, Pahang.

Najib dijadual berada di Pekan untuk menghadiri beberapa program termasuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut jadual, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan di Pekan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua UMNO Bahagian Pekan itu kemudian dijadual meninjau program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita dan Ibu Tunggal Daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan pada pukul 4.30 petang.

Selepas itu, pada pukul 5 petang, beliau dijadual merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.

Najib juga dijadual hadir majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat terawih di Seri Kenangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN