Pertandingkan jawatan dalam UMNO - Utusan Malaysia

Pertandingkan jawatan dalam UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak bersetuju jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Beliau berkata, budaya tiada pertandingan itu perlu dihentikan kerana ia dilihat antara penyebab masyarakat hilang kepercayaan terhadap UMNO selain menjadi punca kekalahan pada pilihan raya umum lepas.

“Saya fikir perlu hentikan perkara tidak munasabah ini (bagi jawatan tertinggi) tidak dipertandingkan ke­rana ia seolah-olah kita tidak membuka ruang demokrasi kepada ahli-ahli.

“Kita tidak perlu ada lagi peraturan sedemikian dalam UMNO kerana ia hanya menghantar mesej buruk kepada orang ramai,” kata­nya ketika ditemui pemberita di Menara Dato’ Onn, Pusat Daga­ngan Dunia Putra di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN