Misbun enggan terguris - Utusan Malaysia

Misbun enggan terguris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEHADIRAN Malaysia di pentas Piala Thomas dan Uber 2018 di Bangkok, Thailand tidak lagi dianggap sebagai ancaman kepada pasukan-pasukan dunia dalam memburu gelaran juara setelah tidak tersenarai sebagai pasukan gergasi.

Skuad kebangsaan yang pernah muncul juara Piala Thomas pada tahun 1992 tidak langsung disebut sebagai penghalang bagi rata-rata pasukan dunia ketika disoal mengenai negara yang mereka ingin awasi sepanjang kejohanan tersebut.

Sebaliknya, pasukan yang diramal bakal memberikan cabaran besar di pentas final kejohanan dwitahunan berkenaan adalah China, Indonesia, Jepun serta juara bertahan, Denmark.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana ia dipercayai kerana skuad kebangsaan menampilkan ramai pemain muda dan kurang berpengalaman sekali gus menjadikan potensi untuk menamatkan kemarau selama 26 tahun agak tipis.

Satu-satu negara yang masih enggan ‘melupakan’ Malaysia sebagai salah satu kuasa besar badminton dunia ialah China setelah jurulatih, Xia Xuanze mahu terus waspada dengan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun perkara tersebut langsung tidak mengguris perasaan Ketua Jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek yang menganggap edisi Piala Thomas kali ini sebagai satu proses transisi untuk masa hadapan.

Menurutnya, pelaksanaan peraturan serta teknologi baharu bakal menimbulkan senario berbeza buat permainan apabila tidak lagi bergantung pada kemahiran mereka, tetapi pada tahap kelajuan dan kekuatan.

“Peratusan untuk proses transisi dalam arena badminton dunia sangat tinggi ketika ini apabila peraturan permainan turut berubah dengan kehadiran teknologi.

“Permainan kini memerlukan tahap taktikal yang tinggi setelah teknologi dalam permainan memerlukan pemain bermain dengan pantas dan kuat berbanding bergantung pada kemahiran.

“Sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) masih mahu mengubah peraturan kepada 11 mata (lima set), saya percaya ramai pemain veteran akan mula gantung raket dan barisan muda pula masuk pada edisi akan datang.

“Hal ini kerana peraturan tersebut menjadikan permainan semakin sengit tanpa mengira kedudukan ranking. Itu merupakan cabaran besar buat pemain-pemain veteran yang selesa dengan corak lama.

“Ini sama seperti yang berlaku pada Piala Thomas tahun 2002 apabila Roslin Hashim mula menyerlah setelah terdapat perubahan dari segi peraturan pada masa itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Arena Impact, Bangkok semalam.

Sebagai rekod, pasukan Malaysia hampir menggenggam gelaran juara sebelum tewas tipis di tangan pasukan Indonesia 2-3 di pentas final edisi tahun 2002, manakala kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada tahun 1992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN