Bekas banduan tidak serik, ditahan lagi kerana dadah - Utusan Malaysia

Bekas banduan tidak serik, ditahan lagi kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang juga bekas banduan bagaikan tidak serik apabila sekali lagi ditahan atas kesalahan dadah di sebuah rumah di Taman Seri Tanjung dalam daerah Kuala Muda dekat sini hari ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 11 pagi ini, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut merampas sebanyak 11 peket lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin yang disimpan di dalam sebuah beg sandang berwarna hitam.

Ketua AADK Daerah Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, suspek yang berusia 44 tahun dan disyaki pengedar dadah itu hidup sebatang kara dan pernah menjalani hukuman penjara 
sebanyak empat kali atas kesalahan jenayah dan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tokan dadah ini merupakan antara empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas AADK yang dibuat susulan aduan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, seramai tiga lagi penagih dadah ditahan di tiga lokasi berasingan iaitu di Taman Bakar Arang, Kampung Pinang Tunggal dan Kampung Masjid.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis opiat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN