Lelaki amuk disahkan positif dadah - Utusan Malaysia

Lelaki amuk disahkan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Seorang lelaki yang ditahan polis selepas terlibat dalam kejadian amuk sehingga menyebabkan tiga beradik mati dalam kejadian di Kampung Sungai Haji Muhamad, Bagan Datuk dekat sini petang kelmarin disahkan positif dadah.

Ketua Polis Daerah Hilir Pe­rak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 35 tahun itu positif dadah jenis syabu dan ganja.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku, namun masih dalam keadaan sedar.

“Kita percaya suspek khayal sewaktu kejadian, namun perbuatannya tidak menunjukkan dia sedang berhalusinasi. Lelaki itu juga tahu sasarannya sebelum melakukan pembunuhan.

“Polis berjaya menahan lelaki itu yang merupakan pekerja penyelenggaraan sewaktu dia berada di dalam Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad selepas menetak kakak mangsa bersama rakannya dan seorang awam di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×