Anwar dapat pengampunan - Utusan Malaysia

Anwar dapat pengampunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai arkitek gerakan reformasi dibebaskan serta-merta daripada penjara selepas mendapat perkenan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semalam.

Pembebasan tersebut dianggap sebagai ha­diah istimewa buat Anwar sekeluarga sempena kedatangan Ramadan hari ini.

Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bermesyuarat semalam telah mempertimbangkan kes rayuan pengampunan penuh.

Anwar, 70, yang merupakan Ketua Umum Pakatan Harapan turut menerima penghormatan apabila Sultan Muhammad V berkenan menerima beliau menghadap bersama isteri­nya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara tengah hari semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×