Agong titah perkenan - Utusan Malaysia

Agong titah perkenan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitahkan perkenan bahawa ra­yuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan sekali gus memberi pembebasan serta-merta kepada Penasihat PKR itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, rayuan pengampunan itu dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 hari ini.

“Perkara ini selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, yang mana Seri Paduka dinasihatkan lembaga berkenaan.

“Pembebasan tersebut berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara di sini hari ini.

Anwar dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi ini di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini.

Ketika dibebaskan, Anwar sempat melambai kepada penyokong dan pengamal media sebelum meninggalkan hospital tersebut sembilan minit kemudian.

Beliau seterusnya menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×