Kedudukan Anwar ditentukan mesyuarat Majlis Presiden PH esok - Utusan Malaysia

Kedudukan Anwar ditentukan mesyuarat Majlis Presiden PH esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Mei – Kedudukan dan peranan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH esok.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan Anwar buat ketika ini adalah pada peringkat parti memandangkan Ketua Umum PH itu bukan seorang ahli Parlimen.

“Apa peranan Anwar? Itu esok saya akan adakan mesyuarat Majlis Presiden PH. Ia adalah majlis yang melantik kita (ketua parti) semua. Jika ada perubahan melibatkan Anwar, majlis itu akan tentukan,” katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya tentang perasaan Dr. Mahathir berhubung pembebasan Anwar, beliau berkata:

“Ya… Dahulu dikatakan saya yang masukkan dia dalam tahanan, sekarang saya bebaskan dialah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×