Anwar pulang ke kediaman di Bukit Segambut - Utusan Malaysia

Anwar pulang ke kediaman di Bukit Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman beliau di Bukit Segambut di sini kira-kira pukul 1.40 petang tadi dengan disambut lebih 100 penyokong.

Ketibaan Anwar diiringi lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) serta Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia diketuai oleh Penguasa Penjara, Sirajuddin Abdul Majid.

Pasukan Pengiring Anwar itu turut dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur, Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras.

Terdahulu, Anwar diberi pembebasan serta-merta selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan rayuan pengampunan penuh dalam prosiding Lembaga Pengampunan Diraja di Istana Negara kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Anwar sebelum itu menjalani prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras di sini selepas permohonan pengampunan beliau diluluskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×