Zahid nafi rakaman adalah suara beliau - Utusan Malaysia

Zahid nafi rakaman adalah suara beliau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan rakaman suara yang bermain di media sosial ialah beliau ketika memarahi Pemuda UMNO.

AHMAD ZAHID HAMIDI

“Itu bukan saya. Kepada ahli-ahli UMNO terus rapatkan saf walaupun kita diuji dari pelbagai sudut. Insya-Allah ujian ini mahu memperlihatkan daya tahan dan kekuatan perjuangan kita,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Semalam beredar rakaman suara yang menggunakan kata-kata kesat memarahi Pemuda UMNO kerana tidak membela mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diserang pembangkang, tetapi kini tampil mendesak pemimpin itu meletakkan jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×