Anwar semakin pulih - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Anwar semakin pulih – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Hospital Rehabilitasi Cheras di sini kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi  bagi melihat keadaan suaminya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kunjungannya turut dinantikan delegasi daripada Indonesia yang diketuai bekas Menteri Buruh Parti Golka Indonesia, Fahmi Idris yang menyambut beliau di lobi utama hospital berkenaan.

Dr. Wan Azizah walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita berhubung pembebasan Anwar hari ini.

Beliau memberitahu, sehingga kini, keadaan suaminya beransur pulih setelah menerima rawatan.

“Alhamdulillah, dia beransur pulih dan akan dibebaskan tidak lama lagi.

“Beliau (Anwar) dimasukkan di hospital kerana memerlukan rawatan dan fisioterapi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Anwar juga akan hadir pada ceramah Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timor Petaling Jaya, Selangor malam esok.

“InsyaAllah. Kita nantikan esok.

“Kita masih belum mengetahui jangka masa untuk pembebasan yang sebenarnya dan ia akan diketahui selepas pertemuan Lembaga Pengampunan pada pukul 11 pagi esok,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, tiada perlantikan terburu-buru yang akan dilakukan berhubung perlantikan suaminya sebagai Perdana Menteri.

“Seperti mana saya maklumkan semalam (kelmarin), kita sedia menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memberikan perubahan seperti diingini terutamanya ‘reformasi’.

“Tidak. Memang itu salah satu daripada apa yang kita rancangkan,” ujarnya mengulas lanjut mengenai kenyataan Ketua Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin mengenai gesaan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×