Zakat fitrah Sabah kekal RM7 - Utusan Malaysia

Zakat fitrah Sabah kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kadar zakat fitrah di Sabah kekal RM7 untuk lapan tahun berturut-turut.

Mufti Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, ketetapan kadar itu berdasarkan 2.7 kilogram beras untuk setiap rakyat di negeri ini.

Menurut Bungsu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah pada tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MUIS telah menetapkan kadar kutipan zakat fitrah Ramadan tahun ini kekal RM7.

“Jumlah itu ditetapkan bersamaan 2.7 kg beras untuk setiap rakyat di negeri ini,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Zakat Fitrah di Wisma MUIS di sini hari ini.

Dalam pada itu, MUIS turut menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah kira-kira RM3 juta berbanding RM9, 356, 256 pada tahun lalu.

“Dijangkakan, pada tahun ini MUIS akan mengutip sejumlah RM9,600,000 zakat fitrah di seluruh negeri,” jelasnya.

MUIS telah melantik 37 penyelaras amil dan 2,000 amil di seluruh Sabah sepanjang Ramadan tahun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×