Tuchel sah bakal mengemudi PSG - Utusan Malaysia

Tuchel sah bakal mengemudi PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 15 Mei – Thomas Tuchel hari ini dilantik sebagai pengendali baharu Paris Saint-Germain (PSG) bagi menggantikan Unai Emery yang bakal meninggalkan pasukan tersebut selepas perlawanan terakhir musim ini di Perancis, hujung minggu ini.

Bekas pengendali Borussia Dortmund, Tuchel bersetuju menyambung kejayaan Emery dengan perjanjian selama dua tahun dan ia disahkan juara Perancis itu hari ini.

“Dengan sukacita, bangga dan menjadi cita-cita saya menyertai kelab besar seperti ini, PSG.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya tidak sabar untuk memulakan kerjasama dengan pemain hebat yang juga pemain terbaik dunia.

“PSG mempunyai potensi besar dan ia adalah prospek terbaik dalam bola sepak,” kata Tuchel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab ibu negara Perancis itu.

Tuchel meninggalkan Borussia Dortmund tahun lepas setelah mengemudi pesukan tersebut memenangi Piala Jerman musim lalu, sekali gus menyaksikannya bebas daripada ejen- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×