Saya bersedia jumpa Perdana Menteri - Mohamed Apandi - Utusan Malaysia

Saya bersedia jumpa Perdana Menteri – Mohamed Apandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Mei – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau bersedia untuk berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika diminta berbuat demikian.

Mohamed Apandi yang tiba dipejabatnya pukul 8.30 pagi hari ini memaklumkan, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa di Jabatan Peguam Negara, di sini.

“Saya bekerja seperti biasa, Insyaallah dan bersedia… tak ada masalah (jika dipanggil oleh Perdana Menteri),” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whatsapps di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan kenyataan Mohamad Apandi bahawa beliau berperanan sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan sebagai mengarut. 

Sabtu lalu, Dr. Mahathir mencetuskan tanda tanya apabila menyatakan Malaysia tidak mempunyai peguam negara buat masa ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×