KUALA LUMPUR: “Order barang lain, dapat barang lain, tetapi kita boleh tukar.”
Demikian respons Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa ketika mengulas pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan baharu susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Katanya, perkara berkenaan tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan sebahagian daripada proses politik dan keputusan yang telah dibuat.
“Saya terpanggil untuk memberi respons terhadap kenyataan ‘order barang lain, dapat barang lain’.
“Saya percaya, kita semua bersetuju, pucuk pangkal hal ini sebenarnya adalah soal rezeki masing-masing.
“Walau bagaimanapun, barangan yang tidak betul, kita ada platform untuk laporkannya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.
“Kita boleh tukar, kita boleh dapat refund balik, Yang Amat Berhormat Presiden,” katanya ketika menyokong usul Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di sini hari ini. –UTUSAN










