Dr. Mahathir pengerusikan mesyuarat dengan KSN, KSU - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir pengerusikan mesyuarat dengan KSN, KSU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa dengan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian hari ini bagi membincangkan hala tuju pentadbiran negara di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pagi tadi.

Dr. Mahathir yang menaiki kenderaan Proton Perdana dilihat tiba tepat pukul 9.10 pagi bagi menghadiri perjumpaan bersama KSU yang difahamkan berlangsung pukul 9.30 pagi.

Sebelum itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dilihat tiba di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana kira-kira pukul 8.30 pagi. 

Turut kelihatan masuk ke pekarangan bangunan tersebut sejak pukul 8.30 pagi ialah kenderaan rasmi yang membawa KSU. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan KSU yang hadir memandangkan kenderaan tersebut tidak menurunkan cermin walaupun ditahan pemberita.

Selain bertemu dengan KSU kementerian, Dr. Mahathir turut dijadualkan bertemu dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pukul 12 tengah hari ini di lokasi yang sama.

Perdana Menteri juga akan terus berada di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana sehingga petang ini bagi meneruskan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×