Senarai 10 Exco diserah kepada Sultan Johor - Utusan Malaysia

Senarai 10 Exco diserah kepada Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Mei – Senarai 10 Exco kerajaan negeri yang baharu sudah dimuktamadkan dan akan dipersembahkan kepada Sultan Johor dalam masa terdekat.

Perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat Pakatan Harapan Johor 
bersama-sama Menteri Besar yang Bahru, Datuk Osman Sapian yang berlangsung selama tiga jam bermula pukul 9 malam tadi.

Mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur itu turut dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor,  Liew Chin Tong.

Persetujuan yang dicapai untuk pengagihan kerusi Exco itu akan disembah maklum untuk mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×