KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara.
Perdana Menteri itu berkata, undang-undang antiberita palsu selepas ini akan diberi takrifan yang lebih jelas.
“Undang-undang berita palsu akan diberi definisi yang jelas dan syarikat berita akan faham apa yang dikatakan sebagai berita palsu atau sebaliknya,” kata beliau pada sesi penerangan khas kepada RTM dan Bernama di kediamannya di sini semalam.
Menurut beliau, kerajaan tidak akan mengambil tindakan kepada organisasi media walaupun menyiarkan berita yang tidak memihak kepada kerajaan, selagi ia bukan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
“Sebarang usaha untuk mencetuskan situasi agar rakyat berkelahi dan tegang tidak dibenarkan. Tetapi sekiranya mereka buat laporan, walaupun yang tak senang didengar kerajaan, mereka bebas dan tidak ada tindakan asalkan laporan tersebut berasas,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










