MBPJ tawar khidmat bas percuma - Utusan Malaysia

MBPJ tawar khidmat bas percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 13 Mei – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menyediakan dua laluan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus bermula 15 Mei sehingga 15 Ogos ini.

LOKASI bagi perkhidmatan bas percuma bagi PJ05 dan PJ06 yang akan digunakan di sini baru-baru ini. -UTUSAN

MBPJ memaklumkan, sebanyak empat buah bas akan digunakan bagi laluan PJ05 manakala enam buah bas bagi laluan PJ06 yang akan memulakan tempoh percubaan selama tiga bulan perkhid­matannya mulai Selasa ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi bas untuk laluan PJ05, akan menggunakan laluan dari hab bas, Bandar Utama – stesen transit aliran ringan (LRT) Taman Bahagia dan untuk laluan PJ06 dari hab bas, Bandar Utama – Damansara Damai,” ujar MBPJ dalam ke­nyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah MBPJ, perkhidmatan itu akan bermula pukul 6 pagi dan tamat pada pukul 9 malam setiap hari dengan kekerapan bas 15 hingga 20 minit.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perancangan Pengangkutan, Jabatan Peranca­ngan Pembangunan MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 353/357 untuk keterangan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×