Raja Muda Perlis lancar Hari Alam Sekitar Perlis - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis lancar Hari Alam Sekitar Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran ‘Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2018 Peringkat Negeri Perlis’ yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, dekat Kangar semalam.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis, Azman Shah Ismail dan Guru Besar sekolah tersebut Muhammad Hafiz Zainudin.


Turut hadir ialah Tan Sri Azmi Khalid dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Kamel Mohamad.


Program tersebut dianjurkan oleh JAS dengan kerjasama pihak SK Kampong Salang bersempena dengan sambutan ke 100 tahun penubuhannya dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).


Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan melancarkan kempen menggalakkan supaya lebih ramai anggota masyarakat menyertai dengan aktif program ‘Rakan Alam Sekitar (RAS)’ peringkat negeri Perlis.


Menurut Azman Shah dalam ucapan alu-aluan beliau, RAS merupakan salah satu program Jabatannya bagi mendekatkan lagi JAS dengan orangramai. 


RAS ditubuhkan pada tahun 2009 dan dijenamakan semula pada tahun 2013. Ia bertujuan membolehkan ahli-ahli bertindak sebagai mata dan telinga JAS dalam menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar. 


Tambah Azman Shah, pelbagai pengisian program dibuat antaranya ahli boleh melibatkan diri sebagai sukarelawan dalam program alam sekitar yang dijalankan sempena Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia, Hari Alam Sekitar Negara, Hari Ozon. 


Aktiviti komuniti, rekreasi dan sukan boleh turut disertai seperti mendaki gunung. 


JAS turut menganjurkan program-program seperti Kem Kesedaran Alam Sekitar yang boleh disertai oleh RAS.


Jabatannya juga mengeluarkan terbitan alam sekitar yang dikongsi bersama ahli RAS. Program seminar, kompetensi turut dijemput.


Pencarian ahli RAS giat dilaksanakan di seluruh negara dimana untuk rekod, di negeri Perlis sahaja kini sudah mempunyai 7,222 orang ahli, manakala seramai 312,755 lagi adalah di seluruh Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×