Hina Agong : NGO Melayu Kelantan lapor polis - Utusan Malaysia

Hina Agong : NGO Melayu Kelantan lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur 13 Mei – Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung insiden penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong melalui media sosial.

Tujuan laporan itu dibuat adalah untuk memastikan pemilik akaun Facebook dan Twitter yang menghina Yang di-Pertuan Agong secara terang-terangan akan dikena tindakan undang-undang.

Ujar Abu Aswad Yah yang mewakili Persatuan Pondok Tumpat dalam satu kenyataan, laporan itu turut dibuat bersama beberapa NGO lain seperti

Kelab Khidmat Anak Tumpat (KHIDMAT) yang diwakili Muhammad Darawi Othman serta Yayasan Al-Busyra (Hasbullah Othman).

“Selain itu, NGO seperti Sunanul Huda (Mohd. Hamidin Jaafar) dan Konfem (Mohd. Zawawi Awang) turut bersama kami termasuk seramai 50 ahli telah berkumpul dan memberikan sokongan ke atas tindakan yang diambil ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×