Najib letak jawatan Presiden UMNO - Utusan Malaysia

Najib letak jawatan Presiden UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak, 65, meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Biro Politik UMNO di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

“Mengambil kira keadaan semasa dan memandangkan UMNO dan BN telah me­ngalami kekalahan yang amat berat dalam PRU-14, maka saya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mengambil keputusan meletakkan kedua-dua jawatan itu serta-merta.

“Ini adalah kerana mengikut prinsip, sesiapa yang menjadi ketua sesebuah parti dan parti itu gagal dalam pilihan raya, maka tanggungjawab moral mestilah diterima sepenuhnya oleh orang berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×