Keputusan dibuat tanpa perbincangan - Utusan Malaysia

Keputusan dibuat tanpa perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa pengumuman tiga Menteri kanan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dibuat tanpa perbincangan daripada partinya.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Presiden PPBM, Tan Sri Muh­yiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri) dan Presiden PAN, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan oleh Dr. Mahathir.

“Keputusan dibuat tanpa penyertaan kami (dalam perbincangan). Dia (Dr. Mahathir) ‘me­langgarnya’… pro­ses per­bincangan yang sepatutnya tidak berlaku,” katanya sebagaimana yang dilaporkan dalam portal Malaysiakini hari ini.

Dalam pada itu, menerusi laman blognya, Rafizi berkata, PKR beranggapan pengumu­man oleh Dr. Mahathir itu adalah belum di­muktamadkan dan per­bincangan mengenai­nya masih berjalan.

“Sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mes­-
tilah di­persetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau mengeluarkan ke­nya­taan itu bagi mengulas ketiadaan wakil PKR dalam mesyuarat dan majlis pengumuman tiga portfo­lio kanan Kabinet oleh Dr. Mahathir di Yayasan Selangor, Peta­ling Jaya dekat sini hari ini.

Rafizi dalam kenyataan sama bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir akan mengadakan perbincangan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilisasi Cheras mengenai pelantikan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×