Bilionair China dipenjara rasuah PBB - Utusan Malaysia

Bilionair China dipenjara rasuah PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 12 Mei – Bilionair China, Ng Lap Seng dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun semalam oleh Hakim Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selepas didapati bersalah dalam skandal rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ahli perniagaan Macau berusia 69 tahun itu didapati bersalah pada Julai tahun lalu selepas perbicaraan selama lima minggu di sini kerana memberi rasuah kepada bekas Pre­siden Perhimpunan Agung PBB (UNGA), John Ashe dan seorang Timbalan Duta Republik Dominika, Francis Lorenzo.

Pemaju hartanah itu didapati bersalah terhadap enam pertuduhan berkaitan skim jangka panjang dengan membayar lebih AS$1.3 juta (RM5.1 juta) dalam bentuk rasuah kepada pegawai PBB.

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara empat tahun itu, Hakim Vernon Brode­rick mengarahkan Lap Seng membayar denda sebanyak AS$1 juta (RM3.9 juta), ganti rugi RM1.5 juta (RM5.9) dan membuat restitusi kepada PBB sebagai bayaran guaman badan berkenaan.

Lap Seng memberi rasu­ah kepada Ashe selama setahun dari September 2013 dan Lorenzo untuk mendapat sokongan PBB bagi pusat persidangan PBB yang mahu dibangunkannya di Macau.

Semalam, Peguam Negara Manhattan, Geoffrey Berman berkata, ahli perniagaan itu memberi rasuah peringkat tertinggi PBB dan mengeks­ploitasi ‘pusat bagi diplomasi antarabangsa’ sebagai instrumen niat tamaknya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×