Najib akur disenarai hitamkan, akan bercuti dalam negara - Utusan Malaysia

Najib akur disenarai hitamkan, akan bercuti dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Menerusi satu catatan di Twitter miliknya hari ini, beliau berkata BN komited untuk membantu proses peralihan kuasa seperti yang dinyatakannya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini. 

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

“Selepas lebih empat puluh tahun dalam bidang politik dan menerusi kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya mengambil keputusan untuk bercuti rehat seketika bagi mengisi masa dengan keluarga. 

Dalam tweet berbeza, Najib memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan BN dalam PRU-14 lepas.

“Saya berdoa selepas keadaan berpecah belah ini, negara akan bersatu. Saya memohon maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini. Ia merupakan satu pencapaian dan kebanggaan bagi diri saya untuk berkhidmat untuk anda dan Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Malaysia menerusi laman Facebook mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam dari keluar negara.

Dalam catatan Twitter terkini Najib, beliau berkata, dia menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

“Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghomati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×