Empat Tan Sri akan disiasat - Utusan Malaysia

Empat Tan Sri akan disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan siasatan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkaitan pe­ngendalian siasatan ke atas syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, kerajaan sedang meneliti perkara itu dan mela­kukan tindakan lanjut mengikut undang-undang selepas berunding dengan pihak pentadbiran dan peguam.

“Kami perlu meneliti siapa Peguam Negara ini. Ketika ini, Peguam Negara telah merendahkan kredibiliti beliau sendiri. Malah, beliau telah menyembunyikan bukti salah laku dan ini adalah salah di sisi undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami perlu lakukan apa yang dibenarkan undang-undang negara ini. Bagi tujuan itu, kami perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk menge­tahui sama ada apa yang kami lakukan adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang negara ini.

“Niat kami adalah untuk memburu mereka yang menunjukkan kecenderu­ngan melakukan rasuah atau yang melakukan ra­suah yang sudah diketahui,” kata Dr. Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×