Esok istiadat angkat sumpah MB Johor - Utusan Malaysia

Esok istiadat angkat sumpah MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 11 Mei – Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Johor yang baharu akan dilakukan di sini pukul 3 petang esok.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persiapan sudah dibuat dan calon yang akan menjawat Menteri Besar akan diketahui dalam masa terdekat.

“Pemilihan ini (jawatan Menteri Besar) adalah keputusan konsensus dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Le Grandeur Senai di sini sebentar tadi.

Muhyiddin pagi ini bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi di sini untuk memohon perkenan baginda menubuhkan kerajaan baharu Johor serta menyerahkan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar.

Beliau berkata, pemilihan jawatan Menteri Besar itu adalah berdasarkan parti komponen dalam Pakatan Harapan yang terbanyak memperoleh kerusi.

Selain itu katanya, antara kriteria yang diambil kira adalah latar belakang pendidikan dan kelayakan kerana jawatan Menteri Besar Johor sangat mencabar dan merupakan satu tugas besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×