Kontena dijadikan bengkel cat kereta musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Kontena dijadikan bengkel cat kereta musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta dan motosikal musnah selepas sebuah kontena yang dijadikan bengkel cat kereta terbakar di Taman Rasa Sayang, Batu 9, Cheras di sini hari ini.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.07 pagi sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Pandan Indah dan Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati ada sebuah kontena yang dijadikan bengkel cat kereta sedang marak dijilat api.

“Kita melakukan operasi pemadaman menggunakan satu aliran air tangki pam jentera. Selain itu, turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah motosikal yang tidak pasti jenis selepas hangus sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×