JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan membuat keputusan dan mengumumkan nama bakal Menteri Besar Johor yang baharu esok.
Titah Sultan Ibrahim, baginda mengadakan perbincangan yang cukup baik dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan kerajaan negeri yang baharu,” titah baginda.
Baginda bertitah selepas berkenan menerima menghadap Presiden Pakatan Harapan (PH) Johor di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin tiba di pekarangan istana pada pukul 11.48 pagi sebelum dilihat keluar meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.
PH akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Ibrahim untuk dipertimbangkan.
Difahamkan tiga calon tersebut ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negera, Salahuddin Ayub, Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Osman Sapian dan Pengerusi Parti Amanah Johor, Aminolhuda Hassan
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, PH memenangi 36 kerusi menewaskan Barisan Nasional (19) dan Pas (1) sekali gus menang majoriti untuk membentuk kerajaan baharu. – K! ONLINE.










