10 kementerian ditubuh, senarai menteri Kabinet diumumkan esok - Utusan Malaysia

10 kementerian ditubuh, senarai menteri Kabinet diumumkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan 10 kementerian bakal ditubuhkan namun belum menamakan menteri Kabinet yang menyandang portfolio masing- masing.

Beliau berkata, portfolio tersebut termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar Negara.

“Semua nama menteri Kabinet yang menggalas tugas di kementerian itu akan diumumkan esok.

“Perbincangan terperinci akan dilakukan bersama pemimpin empat parti utama dalam Pakatan Harapan pada hari ini tentang calon menteri- menteri terbabit,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datin Seri Wan Azizah Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Demokratik Rakyat (DAP), Lim Guan Eng dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×