Gelombang luar biasa Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Gelombang luar biasa Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUAT pertama kali dalam sejarah Malaysia, penguasaan parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang begitu lama akhirnya kecundang kepada Pakatan Harapan (PH) melalui tsunami rakyat yang melanda seluruh negara apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia dijangka mengukuhkan lagi kedudukannya di Parlimen menerusi lapan lagi kerusi yang dimena­ngi Parti Warisan Sabah yang mengumumkan sebelum ini untuk menyertai PH di peringkat Persekutuan.

Keputusan PRU-14 jelas me­nunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah mengundi untuk perubahan, menolak pemerintahan BN selama 61 tahun yang akhirnya kecundang kepada PH – satu pakatan longgar yang dibentuk oleh Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain mengekalkan mandat di Selangor dan Pulau Pinang, pakatan pembangkang itu juga dapat menguasai Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×