Lima ADUN UPKO enggan sertai Warisan, ikrar setia kepada BN - Utusan Malaysia

Lima ADUN UPKO enggan sertai Warisan, ikrar setia kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menafikan dakwaan mereka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) di sini hari ini.

Sebaliknya, lima ADUN yang terdiri daripada Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) tersebut terus menzahirkan sokongan dan kekal bersama Barisan Nasional (BN).

Perkara tersebut disahkan dalam sidang akhbar khas bersama Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman di Sri Gaya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, pemangku Presiden UPKO, Datuk Madius Tangau mengumumkan parti berkenaan secara rasmi keluar daripada komponen BN untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Warisan.

Tindakan tersebut adalah untuk bekerjasama dengan Warisan membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung semalam.

Sementara itu, dimaklumkan Musa akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk mengangkat sumpah di Istana Negeri pada pukul 8.30 malam ini. – K! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×