Sultan Johor gesa pelantikan Menteri Besar Johor - Utusan Malaysia

Sultan Johor gesa pelantikan Menteri Besar Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pelantikan Menteri Besar Johor dan ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan negari (EXCO) akan dibuat secepat yang mungkin mengikut adat istiadat dan cara Negeri Johor.

Titah Sultan Ibrahim, baginda sebagai Ketua Negeri akan sentiasa memastikan pentadbiran negeri dijalankan mengikut undang-undang dan selari dengan hasrat rakyat bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Johor terus dipelihara.

“Semua pemimpin yang telah dipilih hendaklah memikul amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas demi untuk kepentingan kerajaan dan rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadi.

“Tahniah, saya ucapkan kepada calon-calon yang telah berjaya dan parti politik yang telah mendapat mandat rakyat untuk membentuk kepimpinan kerajaan negeri,” titah baginda pada laman Facebook, Sultan Ibrahim  Sultan Iskandar hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×