[VIDEO] Sultan Johor mahu pilihan rakyat dihormati - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sultan Johor mahu pilihan rakyat dihormati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 10 Mei – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minta semua pihak supaya menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mahukan kerajaan baharu.

Sultan Johor bertitah supaya kerajaan baharu dibentuk segera termasuk Perdana Menteri dilantik di Istana Negara pada hari ini juga.

“Jangan buang masa lagi, saya harap Istana Negara hari ini juga lantik Perdana Menteri yang baharu kerana ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan saya atau individu.

“Saya harap perkara ini sampai kepada seluruh rakyat Johor dan Malaysia yang mana saya cintai, terima kasih,” titah baginda dalam Facebook rasminya sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×