Ahmad Yakob angkat sumpah Menteri Besar Kelantan  - Utusan Malaysia

Ahmad Yakob angkat sumpah Menteri Besar Kelantan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Datuk Ahmad Yakob dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan bagi penggal kedua selepas mengangkat sumpah di Istana Kota Lama di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah perlantikan bermula pada pukul 11 pagi.

Majlis berkenaan disaksikan Tengku Temenggong, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz; Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Mohamad.

Majlis angkat sumpah bagi jawatan Timbalan Menteri Besar dan barisan exco akan diadakan pada hari berlainan yang akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Kelantan menyaksikan Pas menang 38 kerusi DUN dan sembilan kerusi Parlimen, manakala Barisan Nasional (BN) menang tujuh kerusi DUN dan lima Parlimen. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×