KUALA LUMPUR 10 Mei – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk lapan negeri bagi Pilihan Raya ke-14 pada pukul 1.50 pagi bagi parti-parti yang berjaya mendapat majoriti mudah dan seterusnya boleh membentuk kerajaan negeri.
Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerajaan negeri Perlis dan Pahang, manakala Pas terus memerintah Kelantan dan memenangi Terengganu, selain PKR mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan memenangi Negeri Sembilan.
PKR juga berjaya menawan Johor, selain mengekalkan penguasaan di Selangor.
Menurut pengumuman Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, keputusan itu ialah:-
PERLIS (15 DUN)
*BN menang 10 kerusi
Pas = 2 kerusi
PKR = 3 kerusi
Pahang (42 DUN)
*BN = 22 kerusi
Pas = 8 kerusi
PKR = 5 kerusi
Kelantan (45 DUN)
BN = 7 kerusi
*Pas = 28 kerusi
Pulau Pinang (40 DUN)
BN = 2 kerusi
Pas = 1 kerusi
*PKR = 25 kerusi
Terengganu (32 DUN)
BN – 8 kerusi
*Pas – 18
Negeri Sembilan (36 DUN)
BN – 16
*PKR – 20
Johor (56 DUN)
BN = 3 kerusi
Pas = 1 kerusi
*PKR = 29 kerusi
Selangor (56 DUN)
BN = 3 kerusi
*PKR = 29 kerusi
UTUSAN ONLINE










