KUALA LUMPUR 10 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan penghormatannya terhadap keputusan yang dibuat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat. Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 9, 2018
![]() |
|
KHAIRY
|
Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka, semalam.
“Rakyat Malaysia sudah bersuara. Dan suara rakyat adalah keramat.
“Selamat maju jaya, Malaysia dan terima kasih kepada semua pengundi kerana melaksanakan tanggungjawab kepada negara,” katanya melalui laman Twitter milik beliau, hari ini. – UTUSAN ONLINE











