Keputusan PRU-14: Tun M dakwa SPR sengaja lengahkan keputusan - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: Tun M dakwa SPR sengaja lengahkan keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan sengaja melenggah-lenggahkan keputusan dengan tidak mengisytiharkan kemenangan Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, seperti yang diketahui umum pengiraan undi telah tamat, walau bagaimanapun, pegawai SPR yang terlibat enggan menandatangani penyata pengundian selepas pengiraan undi (Borang 14).

“Sekarang kita ada di banyak kawasan pengiraan telah selesai.

“Tetapi pegawai yang berkenaan enggan menandatangani borang tersebut. Oleh itu, pengumuman rasmi tidak dapat dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Shareton Hotel di sini semalam.

Beliau juga mendakwa, PH memenangi sebanyak 112 daripada 222 jumlah kerusi Parlimen.

“Ini bukan berita palsu. Anda tidak boleh membawa saya ke mahkamah untuk berita palsu.

“Mereka (BN) jauh ketinggalan. Kemungkinan, mereka tidak akan membentuk kerajaan.” 

Jelasnya, Dr. Mahathir juga mendakwa mesyuarat khas akan diadakan dan beliau bimbang tentang niat pertemuan tersebut.

Menurut laporan portal Bahasa Melayu Ahad lepas, seorang peguam, Mohd. Haniff Khatri mendakwa sehari-dua menjelang pilihan raya, Najib boleh menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengundang kontroversi pada tahun 2016 lalu.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, setakat ini PH telah berjaya menawan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia pada PRU-14.

“Antaranya Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan serta Kedah,” ujarnya.

Katanya, beliau percaya Presiden Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafiee Apdal mengalami situasi sama.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Amanah, Mohamad Sabu serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×