Keputusan PRU-14: Pulau Pinang kekal milik Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

Keputusan PRU-14: Pulau Pinang kekal milik Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Gabungan parti pembangkang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini masih mengekal kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila didakwa memenangi 12 kerusi Parlimen dan 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

Keputusan tidak rasmi setakat pukul 12 tengah malam tadi menunjukkan PKR memenangi kerusi Parlimen Balik Pulau, Bukit Mertajam, Tanjong, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Jelutong, Bukit Gelugor, Bagan, Nibong Tebal, Bayan Baru, Permatang Pauh dsn Bukit Bendera.

Barisan Nasional (BN) hanya mengekalkan satu kerusi bagi Parlimen Kepala Batas apabila Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN) menang dengan  undian sebanyak 22,459 menewaskan Dr. Zaidi Zakaria daripada PKR (17,723) dan Pas, Siti Mastura Muhammad (12,120).

Pas hanya memenangi satu kerusi DUN apabila Mohd. Yusni Mat Piah memenangi kerusi DUN Penaga dengan undian 8,530 mengalahkan Mohd. Zain Ahmad daripada BN (7,398).

Bagi Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (PKR) diumum memenangi kerusi yang disandangnya itu dengan undian sebanyak 51,653 menewaskan BN, Lee Beng Seng (7,751), Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan (502) dan Parti Bersama Malaysia, Koay Xing Boon (181).

Kerusi tumpuan iaitu Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar didakwa mendahului undian sebanyak 13,674 menewaskan  Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said (BN) iaitu 6,625 dan Pas, Afnan  Hamimi Taib Azzamudden (4,771). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×