Kecoh kereta bawa peti undi silap masuk jalan - Utusan Malaysia

Kecoh kereta bawa peti undi silap masuk jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Mei – Pekarangan pusat penjumlahan undi di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai di sini kecoh seketika apabila berlaku salah faham selepas sebuah kereta yang membawa peti undi tersilap jalan.

Kejadian berlaku pukul 8 malam apabila salah seorang Ketua Pusat Mengundi dan pemandu kereta Proton Exora tersilap menggunakan laluan yang telah ditutup dengan dawai besi.

Sekumpulan lelaki yang berada di kawasan berkenaan yang curiga dengan kehadiran kereta yang membawa peti undi itu cuba menghalang kereta berkenaan sehingga berlaku kekecohan kira-kira 10 minit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kekecohan itu berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas.

“Selepas diberi penjelasan, Ketua Pusat Mengundi itu kemudiannya dibenarkan masuk ke pusat penjumlahan undi berkenaan sambil diperhatikan ejen tempat mengundi dan kira undi (Paca) bagi calon yang bertanding,” katanya, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×