PRU-14 mengujakan buat pemuda suku Samoa Batik - Utusan Malaysia

PRU-14 mengujakan buat pemuda suku Samoa Batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 9 Mei – Abdul Alias, 27, dari keturunan suku Samoa Batik yang mengundi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini, menyifatkan pengalamannya sebagai suatu yang amat mengujakan dalam menunaikan tanggungjawab dan haknya sebagai rakyat Malaysia.

Pemuda itu merupakan kalangan 149 pemilih berdaftar kaum Orang Asli dari penempatan Sungai Berua ini yang berpeluang mengundi pada hari ini di Sekolah Kebngasaan Tapah, Telemong.

“Sejak pagi lagi saya sudah bersedia untuk keluar mengundi… pertama kali merasai peluang ini… mulanya. Susah nak fikir apa perlu buat nanti dekat pusat pengundian.

“Nasib baik ayah saya, Alias Pelong bantu  cara nak pangkah (mengundi) semalam. Jadi kuranglah gementar itu. Saya tahu mengundi itu penting.

“Saya kalangan orang muda Orang Asli yang bertuah, dapat hidup lebih baik berbanding nenek moyang terdahulu… jadi rugi kalau kita tak pilih sendiri wakil dan kerajaan,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×