Pasangan senasib pilih parti yang utamakan kebajikan  - Utusan Malaysia

Pasangan senasib pilih parti yang utamakan kebajikan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 9 Mei -Pasangan suami isteri sebaya ini berkongsi nasib yang sama, uzur disebabkan serangan angin ahmar namun itu tidak menghalang mereka daripada keluar mengundi menunaikan kewajipan sebagai rakyat.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hari ini,  Isa Ibrahim, 63, dan  Fatimah Kadir, 64, terpaksa ke  pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, di sini dengan berkerusi roda.

Hasrat pasangan itu yang cuma tinggal berdua di rumah  ditunaikan apabila dibawa ke pusat oleh petugas parti dan di hantar pulang ke rumahnya oleh petugas yang sama.

 “Saya ucapkan terima kasih kepada petugas kerana  banyak membantu bermula dari rumah sehingga tempat mengundi dan  tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengundi” kata Fatimah ketika ditemui di pusat pengundian.

 Menurut Fatimah dia sememangnya bersemangat bagi memilih wakil rakyat, parti dan kerajaan yang dianggapnya mampu menjaga kebajikan rakyat termasuk yang senasib dengan mereka berdua.

Fatimah diserang penyakit itu pada tahun 2015 dan disusuli suaminya setahun kemudian yang menyebabkan pergerakan terbatas dan terpaksa bergerak dengan bantuan kerusi roda.

 “Sejak diserang penyakit ini kehidupan kami berubah sama sekali kerana dahulu suami yang 

menjaga saya tetapi  sekarang saya juga yang diserang penyakit sama,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×