Othman Abdul jawab fitnah dalam media sosial - Utusan Malaysia

Othman Abdul jawab fitnah dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG 9 Mei – Walaupun cukup dikenali dengan perwatakan disenangi penyokong mahupun pembangkang, Datuk Othman Abdul tidak terlepas daripada serangan fitnah saat akhir dalam media sosial pada

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, penyandang dan calon kerusi Parlimen Pendang itu berkata, tindakan tersebut tidak memberi kesan kepadanya malah meningkatkan populariti sebagai seorang calon yang bertanding pada PRU-14.

“Tindakan tersebut dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab yang berniat menjatuhkan maruah dan reputasi saya.

“Saya sedikit pun tidak bimbang kerana masyarakat terutamanya pengundi sudah mengetahui peribadi dan latar belakang saya kerana saya sudah lama menjadi wakil rakyat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bilik Gerakan BN, di sini hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial gambar pemimpin tersebut bersama penduduk pada sebuah majlis di sebuah Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini yang disunting menghidangkan arak sebagai minuman pada majlis tersebut.

Menurutnya, beliau tidak merancang untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan lanjut.

“Saya seronok apabila membaca komen-komen yang disuarakan dalam media sosial kerana ada yang menghentam saya, ada membela saya dan daripada itu, saya dapat tahu betapa masyarakat mengenali siapa saya.

“Biar pun begitu, saya berdoa agar individu yang bertanggungjawab menyunting dan menyebarkan gambar tersebut diberi hidayah dan dosa mereka diampunkan tuhan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×