Rakyat semakin matang berpolitik - Utusan Malaysia

Rakyat semakin matang berpolitik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 Mei – Proses pengundian di Parlimen Kota Bharu yang berjalan lancar tanpa sebarang provokasi melampau membuktikan kematangan rakyat untuk berpolitik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, pengundi dapat menunaikan kewajipan mereka dengan tenang dan aman damai.

“Saya melihat saluran yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semua penuh di sini.

“Saya nampak pengundi khususnya Kota Bharu yang mula sedar dan cakna untuk perubahan Kelantan dalam masa lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Maher di sini hari ini.

Isterinya, Puan Sri Norsiah Musa turut sama menjalankan menjalankan kewajipan di pusat mengundi tersebut pada pukul 2 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×