Pasangan kembar mengundi kali pertama - Utusan Malaysia

Pasangan kembar mengundi kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 9 Mei – Pasangan kembar seiras yang pernah menjadi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2008 teruja apabila mengundi buat pertama kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Rohamina dan Rohaisha Jamil yang masing-masing berumur 27 tahun datang ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad di sini hari ini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Rohamina, mereka datang dengan ibu dan bapa yang telah beberapa kali mengundi sebelum ini.

“Saya agak teruja apabila dapat mengundi kali pertama bersama kembar saya dan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di sini.

Pasangan kembar yang pernah mendapat keputusan 11 A1 dalam peperiksaan SPM itu mengundi untuk Dewan Undangan Negeri Si-kamat dan Parlimen Seremban. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×