Pemain United habis angin - Utusan Malaysia

Pemain United habis angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON 2 Dis. – Jose Mourinho merungut dengan kegagalan Manchester United mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut apabila menyifatkan pemainnya kehabisan angin di atas padang.

Katanya, keputusan ketika seri 2-2 dengan Southampton di laman lawan awal hari ini membuktikan tiada pemain dalam pasukan itu yang boleh mengekalkan kecergasan sehingga tamat perlawanan.

“Pemain agresif mengejar bola dan berjuang habis-habisan merampas bola.

“Marcus Rashford salah seorang yang berbuat demikian sebelum dia keletihan. Pada babak pertama dia masih segar dan tidak menjadi mangsa terjahan.

“Selepas dikasari sana sini dalam 75 minit permainan, dia kehabisan angin,” kata ­Mourinho merujuk kegagalan pasukannya menjaringkan gol pada babak kedua selepas berjaya bangkit daripada ke­tinggalan untuk menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.

Terdahulu Southampton mendahului 2-0 hanya 19 minit permainan berlangsung menerusi Stuart Armstrong dan Cedric Soares sebelum Romelu Lukaku serta Ander Herrera menyamakan kedudukan selepas setengah jam.

United yang turun tanpa beberapa tonggak pertahanan seperti Chris Smalling dan Victor Lindelof yang cedera gagal meneruskan kebangkitan pada babak kedua, sebaliknya David de Gea pula dipaksa bekerja keras menyelamatkan percubaan bahaya pasukan tuan rumah.

Gandingan Scott McTominay, Phil Jones dan Nemanja Matic juga dilihat sibuk mengekang jentera serangan Southampton dengan United bernasib baik dapat mencuri satu mata daripada perlawanan itu.

“Dalam Liga Perdana, bermain hanya menggunakan satu bek tengah memang sukar tetapi kami terpaksa melakukannya.

“Bagaimanapun keputusan ini tidak begitu baik. Bangkit memang bagus tetapi ia perlawanan yang memang kami mahu menang,” kata pengendali dari Portugal itu.

Red Devils 0-0 dengan Crystal Palace dan tewas 1-3 kepada Manchester City dalam dua aksi terakhir Liga Perdana. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×