Salah, Keita, Mane calon Pemain Terbaik - Utusan Malaysia

Salah, Keita, Mane calon Pemain Terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Dis. – Mohamed Salah bersama rakan sepasukannya di Liverpool, Naby Keita dan Sadio Mane berada dalam senarai awal calon Pemain Terbaik Afrika 2018.

Salah merangkul anugerah itu pada 2017 selepas menampilkan aksi cemerlang bersama Liverpool, selain, membantu Mesir ke pusingan akhir Piala Negara-Negara Afrika dan layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pemain berusia 26 itu berdepan cabaran daripada pemain antarabangsa Guinea, Keita yang bersetuju menyertai Liverpool dari RB Leipzig, tahun lalu, selain, penyerang Senegal, Mane yang turut berada dalam senarai tersebut.

Riyad Mahrez dan Pierre-Emerick Aubameyang yang pernah merangkul anugerah itu pada 2016 serta 2015 juga berada dalam senarai pendek 34 pemain seperti yang diumumkan Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF).

Rakan sepasukan Aubameyang di Arsenal, Alex Iwobi dari Nigeria juga berada dalam senarai itu, selain, pemain tengah Everton dari Senegal, Idrissa Gueye serta Wilfried Zaha yang mewakili Ivory Coast.

Selain itu, Thomas Partey, Medhi Benatia, Hakim Ziyech dan Yacine Brahimi turut berada dalam senarai berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×