Gempa bumi 6.5 pada skala Richter di Kepulauan Tanimbar - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.5 pada skala Richter di Kepulauan Tanimbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gempa bumi sekuat 6.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di kawasan pesisir Kepulauan Tanimbar hari ini tidak mengakibatkan kerosakan atau ancaman tsunami, menurut pihak berkuasa Indonesia.

“Gegaran lemah dapat dirasakan antara dua hingga tiga saat,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho.

“Tiada situasi panik berlaku di Tiakur dan Saumlaki, kawasan yang berhampiran dengan pusat gempa,” tambahnya.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan pusat gempa itu terletak di 279 kilometer (km) barat bandar Saumlaki di Kepulauan Tanimbar, Indonesia.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengesahkan tiada ancaman tsunami susulan kejadian gegaran pada kedalaman 162km.

Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik dan kerap dilanda gempa bumi. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×