Terengganu, Taiwan labur cipta baju ‘unik’ - Utusan Malaysia

Terengganu, Taiwan labur cipta baju ‘unik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Terengganu bakal menjalinkan pelaburan de­ngan sebuah syarikat dari Taiwan bagi membangunkan kilang memproses pakaian diperbuat daripada silika dan baju ‘unik’ yang diproses itu boleh memberi isyarat kepada pemakainya jika rasa tidak sihat atau demam.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kese­jahteraan Pentadbiran negeri, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar ketika mengesahkan per­kara itu berkata, pihaknya telah menerima kunjungan wa­kil syarikat berkenaan di sini, malam kelmarin.

TENGKU HASSAN TENGKU OMAR
TENGKU HASSAN TENGKU OMAR 

Beliau memberitahu, dalam pertemuan itu, pihak syarikat dari Taiwan itu telah menyatakan persetujuan untuk datang semula ke Terengganu untuk membuat pelaburan dalam bidang Silika bagi memproses pakaian.

“Mereka sudah hampir pasti untuk datang ke Terengganu bertujuan melabur dalam bidang silika di negeri ini bagi menghasilkan baju.

“Baju ini, sekiranya dipakai akan memberi isyarat kepada si pemakai kalau mereka mula alami demam,” katanya sambil memberi jaminan usa­hasama itu akan menjanjikan pelaburan agak besar yang bakal memberi manfaat kepada rakyat serta negeri ini.

Tengku Hassan (Pas-Ladang) menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan Ahmad Shah Mohamed (Pas-Bandar) dalam Sidang Dewan Undangan Nege­ri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Beliau menarik perhatian, Te­rengganu akan terus mencuri tumpuan para pelabur asing untuk melabur di negeri ini antaranya dalam bidang pelancongan khususnya pembinaan perhotelan di pulau-pulau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×